BISNES – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Wed, 01 May 2024 00:02:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.3 197127691 SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2024 https://www.workerstimes.com/selamat-menyambut-hari-pekerja-2024/ Wed, 01 May 2024 00:02:42 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3150 ]]> 3150 Menteri Sumber Manusia: Pekerja boleh pohon waktu kerja fleksibel, majikan harus respons dalam 60 hari https://www.workerstimes.com/menteri-sumber-manusia-pekerja-boleh-pohon-waktu-kerja-fleksibel-majikan-harus-respons-dalam-60-hari/ Thu, 18 Apr 2024 14:04:19 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3128
Poster pemakluman Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bahawa pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan untuk waktu kerja fleksibel mengikut peruntukan Akta Kerja 1955. – Imej ihsan Kementerian Sumber Manusia

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pekerja-pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan untuk waktu kerja fleksibel mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

Kata beliau, pekerja boleh mengemukakan permohonan mereka berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Jelas beliau, permohonan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasannya.

“Di Malaysia, S60P & S60Q Akta Kerja 1955 membenarkan pekerja memohon aturan kerja anjal (flexible working arrangement) berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja.

“Majikan harus memberi maklum balas dim 60 hari, jika ditolak, harus diberikan sebab penolakan,” kata beliau dalam satu hantaran yang disiarkan di laman sosial Facebook Kementerian Sumber Manusia.

Perkara itu turut dimuat naik di aplikasi X.

Di bawah Seksyen 60P (1) akta itu, pekerja berhak meminta daripada majikan mereka untuk pengaturan kerja fleksibel untuk mengubah waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat bekerja tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan.

Menurut akta itu, permohonan untuk pengaturan kerja fleksibel di bawah 60Q (1), pekerja hendaklah membuat permohonan di bawah Seksyen 60P secara bertulis dan dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Steven Sim berkata demikian sebagai respons kepada hantaran sebuah portal mengenai pekerja di Singapura kini, boleh memohon bekerja empat hari seminggu, lebih banyak hari bekerja dari rumah, dan masa kerja berperingkat bermula 1 Disember ini.

Perkara itu susulan satu Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permintaan Susunan Kerja Fleksibel diumumkan Perikatan Tiga Pihak untuk Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) di negara tersebut baru-baru ini.

]]>
3128
‘PM Anwar should lead the Ministry of Human Resources to set the course right’ https://www.workerstimes.com/pm-anwar-should-lead-the-ministry-of-human-resources-to-set-the-course-right/ Thu, 11 Apr 2024 12:24:15 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3114
Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim should ensure that his government truly understands that type of reform he has promised and seeks to deliver.

By Callistus Antony D’Angelus

OPINION: The unity government has promised reform and to an extent has delivered the reform promised to the people of Malaysia. The financial problems afflicting the country owing to decades of poor policymaking, corruption and an ineffective government administration has been called out.

It is no longer being buried and the public is not being misled or having their intelligence and integrity insulted through any obfuscation of the truth.

The jury is still out though where it concerns whether real change is affected. The acute cost-of-living crisis has not been solved nor abated. The B40 and M40 community are still being left behind by the yawning wealth and income gap in the country.

Businesses, and in particular big business, still holds sway over government policy and decision-making.

One area totally neglected is that of the rights, safeguards and protection of workers.

We have in place a minimum wage that is woefully inadequate, and a government machinery that is working with big business to muzzle the voices of workers and trade unions through nefarious means.

Is the Malaysian government trying to go down the path that Singapore has taken in stifling the voices of workers and trade unions through establishing a pliant trade union movement? When in opposition, parties such as PKR and the DAP championed the need for a strong trade union movement to deal with employers on an even keel.

Now, when in government, an about turn seems to have been taken. It is a case of riding the tiger of the left when politically convenient, only to make a sharp right turn when assuming the levers of power.

Is the Malaysian government wanting to create a trade union movement that is pliant, and which will serve its political interest, and not champion the rights of the workers?

Whilst that may have worked in Singapore due to factors peculiar to itself, it will not work in a country like Malaysia with its more diverse socio-economic makeup. It’s a colossal political miscalculation and will bear on the government unfavourably.

Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim should ensure that his government truly understands that type of reform he has promised and seeks to deliver.

Such reform cannot be achieved through the government cozying up with big business at the expense of the common people of the country.

The Prime Minister himself should perhaps take over the Ministry of Human Resources for a short period of time to set the course right.

Note: Callistus Antony D’Angelus is the International Labour Adviser of the Social Protection Contributor Advisory Association Malaysia (SPCAAM)

]]>
3114
Bantuan perayaan: NUBE kecewa langkah Menteri Sumber Manusia, MCBA https://www.workerstimes.com/bantuan-perayaan-nube-kecewa-pendekatan-menteri-sumber-manusia-mcba/ Sat, 06 Apr 2024 04:20:02 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3103
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) menandatangani Perjanjian Kolektif 2021-2023 pada tahun lalu, antara lain memperkenalkan bayaran perayaan satu bulan gaji. Bagaimanapun perkara ini menjadi satu pertikaian perhuhubungan perusahaan pada tahun ini.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mendakwa keputusan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dalam isu bayaran bantuan perayaan bagi pekerja-pekerja bank dibuat tanpa membabitkan semangat rundingan bersama.

Malah, dakwa Setiausaha Agungnya, J Solomon, tindakan Steven Sim yang hanya berurusan dengan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) dengan mengetepikan peranan NUBE dalam memuktamadkan keputusan itu sebagai tidak beretika dan dibuat secara gerakan sulit.

Malah kata beliau, tindakan tersebut melanggar perjanjian kolektif sedia ada antara MCBA dan NUBE yang diterima April tahun lalu untuk menyedian insentif bantuan perayaan sempen perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

“Ini tindakan tidak jujur yang bertentangan ketetapan penyelesaian pertikaian rasmi dan menimbulkan kebimbangan ketara mengenai integriti proses rundingan setakat ini.

“Sangat menyedihkan apabila melihat Chee Keong mengetepikan pihak yang sepatutnya dilindungi, sekali gus meningkatkan ketidakharmonian industri dalam sektor perbankan,” kata beliau pada sidang media yang disiarkan menerusi Facebook.

Sehubungan dengan itu, Solomon berkata, pihaknya mahu Menteri Sumber Manusia menunaikan janji dan memanfaatkan kuasanya bagi memastikan pekerja bank diberi pampasan sewajarnya.

Dalam pos beberapa hari lalu, NUBE berkata, banyak bank sudah memulakan pembayaran bantuan perayaan sebulan gaji bagi kakitangan bukan eksekutif, manakala 0.5 gaji bulanan untuk pekerja eksekutif dan gred khas, selepas pertemuan antara MCBA dan Chee Keong baru-baru ini.

Kata Solomon berkata, Menteri Sumber Manusia gagal memberi justifikasi berhubung keputusan tidak mampu menyediakan bantuan kewangan sebulan walaupun bank mencatatkan keuntungan besar.

Katanya, Steven Sim perlu bertanggungjawab ke atas pelanggaran kepercayaan, kaedah menangani peningkatan pertikaian dan memastikan pampasan adil bagi kakitangan bank.

“Beliau juga perlu memastikan MCBA menyediakan gaji penuh sebulan sebagai bantuan festival kepada pekerja perkeranian dan menanggung cukai pendapatan untuk bantuan berkenaan, selain mengakui kesukaran dihadapi pekerja.

“Bagi menunjukkan komitmen menyelesaikan isu bantuan kewangan secara menyeluruh, perjanjian berkenaan sepatutnya dimasukkan ke dalam Perjanjian Kolektif ke-19 dan diakui sebagai bayaran tahunan bagi mencegah daripada berulang,” katanya.

Menurut NUBE, pada 2 April lalu, banyak bank telah mengumumkan akan membayar ahli-ahli NUBE “bayaran perayaan ex-gratia 2024 sekali bayar dan telah membuat bayaran itu pada hari yang sama. Bagaimanapun ada yang melakukannya 3 April manakala ada bank pula yang akan bayar pada 5 April 2024.

“Kami gembira untuk ahli FSE-1 (bukan perkeranian) yang menerima bayaran sebulan gaji sebagai bantuan perayaan, namun kami amat kecewa kerana lebih daripada 90 peratus ahli NUBE hanya dibayar 50 peratus bantuan perayaan.

“Semua ahli NUBE juga telah ‘ditipu’ oleh MCBA dan Menteri (Sumber Manusia).

“Kami kini yakin bahawa MCBA telah membuat satu perjanjian rahsia dengan Menteri Sumber Manusia untuk mendiskriminasi lebih daripada 90 peratus ahli NUBE dan menipu semua ahli NUBE, tetapi berlakon seperti mereka membantu kita,” kata beliau.

Dalam klip video baru-baru ini, Solomon menyifatkan tindakan Steven Sim dan MCBA sebagai “tidak bertanggungjawab.”

“Secara kolektif, melalui tindakan, doa dan rakan-rakan yang jujur, kita telah mencapai kemajuan yang besar,” kata Solomon yang mengiktiraf bantuan perayaan penuh dibayar kepada pekerja-pekerja bukan perkeranian tetapi pekerja-pekerja telah diperdaya.

Solomon berkata, “bantuan perayaan anda bukanlah hadiah daripada pihak pengurusan, ia adalah hak anda.”

]]>
3103
Bantuan perayaan: MTUC hargai Menteri Sumber Manusia, tapi mahu solusi jangka panjang https://www.workerstimes.com/bantuan-perayaan-mtuc-hargai-menteri-sumber-manusia-tapi-mahu-solusi-jangka-panjang/ Thu, 04 Apr 2024 14:09:21 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3099
MTUC menzahirkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia kerana beliau menunjukkan sikap berpendirian teguh dalam memperjuangkan kepentingan pekerja bank untuk menerima bantuan perayaan yang layak.

Oleh Mohd Effendy Abdul Ghani

PANDANGAN: Pendirian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menuntut bahawa keuntungan yang diperoleh oleh bank seharusnya dikongsi bersama pekerja adalah penting untuk memastikan keadilan dalam persekitaran pekerjaan.

Dengan menjamin kebajikan pekerja, termasuk menjelang perayaan, ini dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti mereka. Peningkatan produktiviti ini dapat menguntungkan kedua belah pihak, bank dan pekerja, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Berkenaan isu pekerja bank tidak dapat sebarang bantuan perayaan telah ada perkembangan yang positif di mana Menteri Sumber Manusia, Steven Sim telah dimaklumkan mengenai masalah ini dan bank-bank telah pun mengendurkan pendirian mereka selepas mendapat pandangan beliau.

Langkah ini akan memberi peluang bagi pekerja bank untuk menerima bantuan perayaan yang mereka perlukan, memperbaiki suasana pekerjaan, dan menjaga kebajikan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga penyelesaian yang bermaruah ini dapat dicapai bagi kebaikan semua pihak.

MTUC menzahirkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia kerana beliau menunjukkan sikap berpendirian teguh dalam memperjuangkan kepentingan pekerja bank untuk menerima bantuan perayaan yang layak.

Tindakan beliau menunjukkan komitmen terhadap keadilan sosial dan kesejahteraan pekerja, serta mengambil berat terhadap keselamatan ekonomi mereka, terutamanya dalam suasana menjelang Hari Raya.

Langkah ini menunjukkan keberkesanan kerjasama antara kerajaan dan pihak kesatuan dalam memperjuangkan hak-hak pekerja.

Walaupun penyelesaian yang dicapai mungkin tidak sempurna, namun ia mungkin merupakan jalan terbaik bagi masa kini. Jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Perusahaan, proses tersebut mungkin akan berlarutan dan menyebabkan pekerja terlepas daripada mendapat bantuan perayaan menjelang Hari Raya. Oleh itu, penting untuk mengambil kira kesan jangka pendek dan keselamatan kewangan pekerja dalam membuat keputusan.

Harapan MTUC untuk merangka penyelesaian jangka panjang yang dapat diadakan oleh kedua belah pihak adalah sangat munasabah.

Penyelesaian ini akan membantu mengelakkan pertikaian berulang setiap tahun menjelang perayaan, dan sebaliknya, membantu memastikan bahawa kebajikan pekerja bank dijamin dengan lebih baik dalam tempoh masa yang panjang. Kolaborasi yang baik antara bank dan kesatuan pekerja adalah kunci untuk mencapai penyelesaian yang berkekalan dan berfaedah bagi semua pihak.

Nota: Mohd Effendy Abdul Ghani ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

]]>
3099
Pekerja bank Sarawak terima bantuan perayaan di antara 0.5 hingga satu bulan https://www.workerstimes.com/pekerja-bank-sarawak-terima-bantuan-perayaan-di-antara-0-5-hingga-satu-bulan/ Thu, 04 Apr 2024 03:52:25 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3083
Pekerja-pekerja bank di Sarawak akan menerima bayaran bantuan perayaan bagi tahun 2024 di antara 0.5 hingga satu bulan, insentif yang julung kali diterima.

KUALA LUMPUR: Pekerja-pekerja bank di Sarawak akan menerima bayaran bantuan perayaan bagi tahun 2024 di antara 0.5 hingga satu bulan, insentif yang julung kali diterima.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU), Andrew Lo berkata, perkara itu dicapai dalam sesi perundingan Perjanjian Kolektif dengan Persatuan Bank Komesial Sarawak (SCBA) yang sedang berjalan.

“Susulan perbincangan yang dimudah cara oleh Menteri Sumber Manusia, bank-bank telah bersetuju untuk membuat bayaran sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Kesemua pekerja tidak kira agama akan menerima bayaran ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, SBEU menghargai kerjasama SCBA, bank dan juga Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Tahun lalu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mencapai perkara yang sama – satu bulan gaji menerusi Perjanjian Kolektif yang dicapai dengan MCBA.

]]>
3083
SPCAAM seru KK Mart, Starbucks dan McDonald’s sokong kempen perkenal bantuan perayaan untuk pekerja Malaysia https://www.workerstimes.com/spcaam-seru-kk-mart-starbucks-dan-mcdonalds-sokong-kempen-perkenal-bantuan-perayaan-untuk-pekerja-malaysia/ Mon, 01 Apr 2024 09:45:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3073
Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menyeru Starbucks, KK Mart dan McDonald’s agar menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyokong program bantuan perayaan untuk pekerja B40 dan M40 di Malaysia.

Oleh J Solomon

PANDANGAN: Seperti semua rakyat Malaysia yang lain, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) sedar akan kempen boikot yang telah dilancarkan terhadap syarikat-syarikat di Malaysia seperti KK Mart, Starbucks, dan McDonald’s dalam beberapa bulan ini. Alasan-alasan untuk boikot tersebut adalah pelbagai, dan kedua-duanya dan pihak yang menyeru untuk boikot mempunyai alasan mereka yang menyokong dan menentang boikot itu.

Sebagai satu prinsip, SPCAAM mengalu-alukan dan menyokong kecaman terhadap sebarang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat kita sama ada di Timur Tengah atau di mana-mana bahagian dunia.

Kami juga teguh dalam kepercayaan kami bahawa sensitiviti keagamaan pelbagai komuniti di negara ini harus diperlakukan dengan penuh hormat.

Pada masa yang sama, SPCAAM juga bimbang tentang kesan boikot terhadap mata pencarian pekerja-pekerja Malaysia dan keluarga mereka.

Dengan mempertimbangkan kedua-dua kebimbangan ini, dan dengan niat untuk mendamaikan perbezaan yang telah timbul di antara pelbagai pihak, SPCAAM ingin menyeru Starbucks, KK Mart dan McDonald’s untuk menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menyokong program bantuan perayaan untuk pekerja B40 dan M40 di negara ini.

Pada pendapat kami, alasan yang mendasari mengapa boikot terhadap syarikat-syarikat kami semakin mendapat sokongan adalah kerana hubungan antara majikan dan pekerja di negara ini semakin tegang.

SPCAAM telah lama menyokong agar bantuan perayaan sebulan gaji wajib diberikan kepada pekerja B40 dan M40. Perayaan agama dan budaya kita adalah suasana paling penting dalam setahun bagi penduduk B40 dan M40, dan menurut kajian “Belanjawanku” oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rakyat di Lembah Klang menghabiskan hampir keseluruhan gaji sebulan untuk aktiviti sosial dan perayaan tahunan mereka.

Tanpa bantuan perayaan, semangat perayaan menjadi satu perkara yang suram bagi sebahagian besar penduduk, terutamanya pekerja berpendapatan rendah, yang tidak dapat menyambut suasana paling penting dalam setahun dengan martabat dan kegembiraan kerana tekanan kewangan.

Jika majikan dan syarikat kita hanya dapat menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen untuk menjadikan bantuan perayaan wajib di Malaysia, ia akan memberi banyak manfaat dalam menjadikan majikan dan syarikat-syarikat kami dilihat sebagai rakan kepada pekerja-pekerja di negara ini.

Jika terdapat satu sisi positif dalam kempen boikot terhadap KK Mart, Starbucks, dan McDonald’s, adalah bahawa ia memberikan peluang kepada majikan dan pekerja untuk memulihkan ikatan persahabatan di antara kita.

Kawan sejati ialah kawan yang sebenar.

Jika KK Mart, McDonald’s dan Starbucks hanya dapat menunjukkan bahawa mereka adalah kawan kepada pekerja dalam masa keperluan pekerja, mereka boleh pasti bahawa mereka sentiasa boleh mengharapkan pekerja untuk menjadi kawan kepada mereka dalam masa keperluan mereka.

Nota: J Solomon ialah Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM)

]]>
3073
Bantuan perayaan: NUBE mahu PM, ahli Parlimen campur tangan selesai pertikaian https://www.workerstimes.com/bantuan-perayaan-nube-mahu-pm-ahli-parlimen-campur-tangan-selesai-pertikaian/ Sat, 23 Mar 2024 09:04:43 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3045
Perjanjian Kolektif 2021-2023 antara NUBE dan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) yang dimeterai April 2023 antara lain memperkenalkan bayaran perayaan buat julung kali.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mahu Perdana Menteri dan ahli-ahli Parlimen campur tangan menyelesaikan pertikaian berkaitan bayaran bantuan perayaan kepada pekerja-pekerja sektor perbankan.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, pihaknya mahu GLIC seperti Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya menasihati bank-bank di bawah bidang kuasa mereka supaya menghentikan penindasan mereka ke atas pekerja-pekerja.

“Kami berharap Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan ahli-ahli Parlimen akan campur tangan untuk menyelesaikan masalah dihadapi oleh pekerja-pekerja B40 dan M40,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Bulan lalu, NUBE menggesa Perdana Menteri supaya membubarkan kartel bank apabila dilihat menindas pekerja bank kumpulan B40 dan M40.

Kata Solomon, bank syarikat berkaitan kerajaan (GLC) enggan memberikan gaji pokok sebulan sebagai bantuan perayaan kepada kumpulan berpendapatan rendah seiring dengan objektif kerajaan.

Katanya, keengganan bank-bank berkenaan jelas menggambarkan kedegilan mereka.

NUBE dan pihak bank berhadapan dengan pertikaian susulan keengganan bank untuk menyediakan bantuan perayaan satu bulan gaji kepada pekerja-pekerja mereka sebagaimana dilakukan, buat pertama kali, tahun lalu.

Di bawah perjanjian kolektif yang ditandatangani awal tahun lalu pihak bank telah bersetuju untuk menyediakan insentif itu, tetapi bayaran seterusnya akan dipertimbang dan dibincang dari tahun ke tahun.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, pihak bank tidak mahu menyediakan insentif dalam jumlah yang sama seperti tahun lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Solomon menambah, satu mesyuarat perdamaian antara NUBE dan pihak bank, dengan diketuai oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), kelmarin tidak membawa penyelesaian.

“Ketika mesyuarat perdamaian pada 21 Mac itu, pegawai JPPP termasuk Pengarah (JPP Cawangan) Wilayah Persekutuan secara dasarnya sekadar bertindak sebagai ‘posmen’.

“Walaupun NUBE berusaha membetulkan maklumat yang mengelirukan itu dengan bukti fakta, pegawai JPP terbabit mengakhirnya dengan menyatakan mereka akan menghimpunkan maklumat berkenaan dan (akan) merujuk kepada Putrajaya kerana pihak bank tetap berdegil,” kata beliau.

Kata beliau lagi, keuntungan besar yang dirai kebanyakan bank untuk tahun kewangan 2023 menunjukkan keupayaan kewangan pihak bank untuk memberi gaji sebulan sebagai bantuan perayaan sepertimana dilakukan tahun lalu.

“Lebih penting lagi, bank GLC seperti Maybank dan CIMB, yang beroperasi di Indonesia, secara konsisten memberikan satu bulan gaji sebagai bantuan perayaaan kepada semua pekerja termasuk di peringkat ketua pegawai eksekutif,” kata beliau.

]]>
3045
Tengku Zafrul: Goodyear beri jaminan pampasan lebih tinggi susulan keputusan tutup kilang di Malaysia https://www.workerstimes.com/tengku-zafrul-goodyear-beri-jaminan-pampasan-lebih-tinggi-susulan-keputusan-tutup-kilang-di-malaysia/ Sat, 09 Mar 2024 03:49:35 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=3026
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam tulisan di FB berkata, Goodyear telah memberi jaminan akan beri pampasan lebih tinggi daripada yang ditetapkan di bawah undang-undang. – Imej ihsan FB Tengku Zafrul

Oleh Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz

PANDANGAN: Saya bersimpati dengan para pekerja kilang Goodyear di Shah Alam yang bakal ditutup tahun ini.

Keutamaan kita pastinya kebajikan para pekerja.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia untuk memudahkan penempatan pekerjaan serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.

Goodyear telah memberi jaminan akan beri pampasan lebih tinggi daripada yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Syarikat juga sedang bekerjasama dengan Proton dan beberapa syarikat lain untuk menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai.

Paling penting, semua usaha ini telah mula dilaksanakan sebelum pengumuman penutupan kilang dibuat untuk memastikan proses peralihan bagi para pekerja berjalan lancar.

Mengapa kilang ini ditutup? Goodyear menyasarkan pengurangan kos sehingga AS$1 bilion setahun menjelang 2025, di mana penutupan kilang di Shah Alam adalah sebahagian daripada langkah pengurangan kos yang diambil.

Goodyear juga bakal menutup dua kilang tayar di Jerman, melibatkan 1,750 pekerja. Sebuah kilang tayar di United Kingdom juga bakal ditutup. Jadi, bukan operasi di Malaysia sahaja, malah operasi Goodyear di seluruh dunia juga turut terjejas.

Dari dulu hingga sekarang, sentiasa ada syarikat yang gulung tikar dan syarikat baru yang dibuka. Cabaran kita ialah untuk memastikan lebih banyak pelaburan masuk daripada pelaburan keluar.

Pengumuman pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi dalam sejarah, merupakan petanda keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia.

Sebanyak 5,310 projek telah diluluskan dan bakal menjana hampir 130,000 pekerjaan. Dalam sektor pembuatan sahaja, 63 peratus, daripada pelaburan diluluskan adalah daripada perniagaan sedia ada yang mengembangkan operasi mereka.

Ini menunjukkan keyakinan yang kukuh daripada syarikat-syarikat ini terhadap kestabilan ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.

Nota: Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pandangan ini dipetik dari laman sosial Facebook beliau

]]>
3026