JURNAL – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Sat, 28 Aug 2021 21:30:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.2 197127691 Sukarnya perangi rasuah https://www.workerstimes.com/sukarnya-perangi-rasuah/ Sat, 28 Aug 2021 21:30:29 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=248
Usaha memerangi rasuah memerlukan pendekatan menyeluruh sepanjang masa. Sumber Astro Awani

Oleh Dr Irmohizam Ibrahim

PADA 23 Ogos lalu, ketika bertitah merasmikan sidang mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila masih ramai dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam di Selangor yang terlibat dengan amalan rasuah, biarpun sudah berkali-kali diberi peringatan. Malah, baginda menitahkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menjalankan siasatan menyeluruh bagi membersihkan Selangor dari amalan rasuah.Sebulan sebelum titah di DUN, baginda memperlihatkan keprihatinan baginda akan keperluan semua pihak agar sama-sama memainkan peranan memerangi rasuah dan meningkatkan integriti di negara ini.

Pertamanya, baginda menzahirkan rasa dukacita kerana terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terlibat dengan kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan. Baginda menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri yang didapati bersalah terbabit dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah perlu dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Sultan Selangor turut menzahirkan penghargaan baginda kepada SPRM yang sudah melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah di Selangor dapat dibanteras. Sultan Selangor juga mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa ia adalah satu gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara.

Beberapa hari kemudian Sultan Sharafuddin juga berkongsi harapan agar SPRM tidak akan melayan sebarang penangguhan perbicaraan membabitkan kes rasuah, terutamanya di Selangor. Baginda sekali lagi dilaporkan menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu ini berhubung kes rasuah terutamanya di Selangor. Oleh itu, baginda juga meminta agar SPRM akan melakukan siasatan dengan telus dan teliti supaya pelaku yang dihadapkan ke mahkamah tidak terlepas dengan mudah. Malah, baginda turut menyasarkan agar gejala rasuah dapat dibanteras sepenuhnya supaya tidak menjadi masalah lebih besar dan serius, yang boleh memudaratkan generasi masa hadapan serta merosakkan masyarakat.

Ini bukan kali pertama baginda melahirkan ketegasan seperti ini. Malah perkara yang sama pernah ditegaskan oleh raja dan sultan yang lain. Ini termasuklah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang kerapkali menzahirkan harapan dan teguran yang sama. Pada awal Januari tahun ini pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Di Pertua dan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Perak, Sultan Nazrin bertitah, kehebatan Islam hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, aktiviti sosial, kegiatan ekonomi dan etika berpolitik. Sehubungan itu, titah baginda, masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan, menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam. Baginda menegaskan ia boleh dilakukan dengan tidak memberikan amanah kepada mereka yang lemah moral dan terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah.

Rasuah ditakrifkan perbuatan salah guna kuasa untuk memperkayakan atau memberi kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab mentadbir urus sumber awam. Mesej yang dititah oleh Sultan Perak pada 2 Oktober 2014 sempena ulang tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah/SPRM masih segar dalam ingatan. Antara lain kata baginda, “rasuah sering kali menjadi isu utama menyebabkan pemimpin dijatuhkan lalu diganti dengan yang baharu.

Setiap pemimpin diberikan amanah berikrar mahu memerangi rasuah. Undang-undang baharu, digubal; undang-undang sedia ada, dipinda; pelbagai agensi dibentuk; rakyat dijanjikan dan harapan diberikan; tetapi jika undang-undang hanya berstatus dokumen bertulis, tidak dikuatkuasakan, ia tidak mungkin menjadi senjata berkesan memberi kemenangan dalam medan perang menghadapi rasuah.” Baginda juga bertitah, pelbagai agensi ditubuhkan tidak akan menjadi briged perang yang boleh mengibarkan bendera kemenangan jika medan memerangi rasuah dilakukan secara selektif.

Pendirian tegas yang dizahirkan oleh kedua-dua Sultan Perak dan Sultan Selangor ini satu bentuk teguran dan nasihat yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu. Penegasan kedua-dua baginda ini juga perlu diterima dan dihayati dengan sempurna bagi memastikan seluruh Malaysia secara keseluruhan dilihat sebagai negeri dan negara yang benar-benar bebas daripada rasuah. Selangor merupakan antara negeri yang paling maju dan negeri yang mendapat pelaburan asing di Malaysia. Begitu juga negeri-negeri lain yang sama-sama membentuk sebuah negara bernama Persekutuan Malaysia. Oleh itu, rakyat mempunyai peranan yang amat besar dalam memastikan Malaysia benar-benar bebas daripada rasuah.

Setiap rakyat, tidak kira jawatan dan kedudukan, sama ada pekerja sektor swasta atau kerajaan, mempunyai tanggungjawab dan peranan bagi memastikan kita bebas daripada amalan tidak sihat ini. Ini kerana jika dibiarkan berlarutan akan merugikan rakyat dan menggugat kestabilan negara. Sebagaimana dititahkan generasi akan datang berhadapan dengan mudarat yang serius jika kita tidak memerangi rasuah sekarang.

Usaha perlu dipergiatkan dalam semua sudut bagi memastikan setiap penjuru operasi dan urusan bebas daripada tindakan atau perbuatan yang boleh membawa kepada gejala rasuah. Rasuah tidak mengenal sektor. Ia membabitkan orang perseorangan dan organisasi, sama ada komersial ataupun bukan. Tanggapan sebelum ini ‘korporat memberi, sektor awam menerima’. Kita perlu menghapuskan persepsi sedemikian. Kita bukan sahaja disajikan laporan media bahawa kelompok individu didakwa di mahkamah, malah kecurangan organisasi korporat terbabit salah laku rasuah dan penyelewengan juga sering dilaporkan.

Oleh itu sudah tiba masa perlu ada kerangka perundangan yang lebih menyeluruh dan lebih tegas dalam perkara ini, yang merangkumi penyediaan ganjaran, hukuman dan bimbingan. Menyediakan peruntukan dengan tegas menekankan pengurusan organisasi atau entiti korporat, tidak kira entiti awam ataupun swasta sepenuhnya, mempunyai tanggungjawab memastikan persekitaran bebas rasuah lebih menyeluruh dapat dicapai.

Tahun lalu, Seksyen 17A Akta SPRM yang memperkenalkan peruntukan liabiliti korporat. Seksyen 17A merupakan satu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang organisasi komersial akan dianggap melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi. Setahun sebelum itu, negara menggubal Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi meningkatkan usaha memerangi rasuah secara menyeluruh.

Diharap kerajaan negeri dan persekutuan akan meneruskan usaha meningkatkan tadbir urus dan integriti melalui pelaksanaan NACP 2019-2023 bagi memastikan hasrat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan. Diyakini pelbagai usaha diambil akan membawa hasil cukup baik. Tidak dapat dinafikan inisiatif ini memerlukan masa untuk dilihat kesan dan impak.

Apa yang penting, kita perlu ada komitmen dan iltizam untuk mencapai sasaran persekitaran bebas rasuah di semua peringkat dan sektor. Keterlibatan penjawat awam, khususnya agensi penguat kuasa kerajaan dalam gejala rasuah adalah sesuatu yang membimbangkan dan merisaukan. Kajian menunjukkan amalan rasuah berlaku berpunca daripada banyak faktor. Ini termasuklah kegagalan individu mengawal hawa nafsu, sifat tamak, definisi integriti dan ada yang dikatakan mahu memburu kekayaan dengan cepat. Ini bukan pertama kali agensi-agensi awam berhadapan dengan keadaan pegawai mereka terlibat dalam isu integriti. Keadaan ini secara langsung menimbulkan persoalan mengenai keutuhan sistem dan mekanisme yang diambil bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta apa jua kes membabitkan budaya berintegriti di agensi awam.

Pokoknya sikap selesa dan ketidaktegasan kepimpinan terus menguji kepaduan pelaksanaan sistem, prosedur dan peraturan bagi memerangi rasuah dan integriti di tempat kerja. Pendekatan pencegahan, pendidikan dan pendakwaan perlu disemak semula sesuai selari dengan matlamat NACP. Tindakan secara kolektif dan kumulatif perlu diberi penekanan secara konsisten untuk mencapai sasaran sifar rasuah dan mengukuhkan budaya berintegriti.

Selepas dua tahun pelaksanaan, NACP boleh dikaji keberkesanan dan kemajuan. Pada masa yang sama pelan induk itu perlu diperkasakan secara menyeluruh membabitkan setiap peringkat, fasa, jabatan dan kementerian. Kerajaan perlu menyenaraikan tindakan yang telah diambil oleh setiap kementerian dan agensi dalam menjayakan matlamat NACP.

Selepas banyak inisiatif diambil dan pelbagai sumber telah dilaburkan, sudah tiba masa kita menyemak semula segala proses, sistem dan mekanisme dengan setiap pemimpin jabatan perlu memainkan peranan yang tegas bagi melahirkan Malaysia yang benar-benar bebas rasuah. Jangan biarkan rasuah kekal berleluasa seperti masalah dadah.

Setiap anggota masyarakat dan pemegang taruh juga perlu memainkan peranan proaktif bagi memastikan isu rasuah dapat ditangani secara bersepadu. Ini bukan hanya tugas kerajaan dan agensi awam semata-mata. Sebaliknya ia penglibatan dan pembabitan dua hala di semua peringkat, termasuk swasta. Penghayatan prinsip Rukun Negara wajar dititikberatkan.

Di kesempatan ini, syor SPRM supaya kerajaan memberi pengecualian cukai kepada pelaksanaan program, aktiviti dan inisiatif memerangi rasuah wajar dialu-alukan. Kerajaan boleh menyediakan dana khas, hasil sumbangan korporat, bagi tujuan tersebut. Kita perlu menggembleng tenaga dan sumber yang pelbagai bagi melahirkan generasi yang menjauhi rasuah. Kita perlu melibatgandakan usaha ke arah dengan bersepadu dan segera mulai sekarang.

Masalah yang wujud di hadapan kita sudah jelas dan semakin jelas. Sekarang merupakan masa untuk meletakkan noktah bagi memutuskan rantai rasuah secara menyeluruh di setiap peringkat.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik, World Trade Centre Associations

]]>
248
Kerajaan perlu proaktif bela pekerja https://www.workerstimes.com/kerajaan-perlu-proaktif-bela-pekerja/ Sat, 28 Aug 2021 21:05:29 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=239
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berpandangan kerajaan perlu lebih proaktif mempertahankan nasib pekerja Malaysia. Sumber The Edge Markets

KESATUAN Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) melahirkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mengambil tindakan ke atas surat NUBE, yang dihantar pada Disember 2020 lalu berkaitan isu-isu yang menimpa pekerja-pekerja bank Kumpulan B40.

Bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia nampaknya mengambil sikap bertentangan, termasuk tidak memandang kisah meskipun PM Muhyiddin, menerusi surat balas, telah meminta perhatian dan tindakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh NUBE.

NUBE juga ada membangkitkan perkara yang sama dalam surat yang dihantar kepada YB Saravanan pada November 2020.

Segala kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh NUBE selama ini termasuk dalam surat-surat yang dihantar kepada YAB PM Muhyiddin dan YB Saravanan berlaku hari ini.

Kes yang paling jelas adalah pelaksanaan VSS dan MSS oleh HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) yang dipercayai merupakan kali ketiga dalam enam tahun.

Skim itu telah diumumkan kepada pekerja-pekerja Bank tersebut pada 3 Jun, 2021 lalu, iaitu ketika rakyat dan negara berhadapan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

NUBE dari awal lagi sudah mengesan taktik-taktik yang digunakan oleh HSBC Bank Malaysia untuk membuang dan menghentikan pekerja, terutama mereka dari Kumpulan B40 dan M40 atas alasan penyusunan semula operasi dan memperkenalkan sumber keluar perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.

Kali ini, tujuh buah cawangan konvensional di Semenanjung Malaysia akan ditutup.

Meskipun NUBE telah menulis surat dan membawa perkara yang sama kepada perhatian Kementerian Sumber Manusia dan jabatan-jabatan di bawahnya beberapa kali sejak tahun lalu, tetapi tidak ada tindakan penyelesaian daripada Kementerian itu bagi mengelakkan tindakan menganiayai pekerja terutama dengan pelaksanaan VSS dan MSS, serta pelaksanaan strategi sumber keluar perkhidmatan tertentu, yang menghilangkan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tetap rakyat tempatan. Fungsi pekerja-pekerja tetap pula diberikan kepada pekerja-pekerja informal dan luar negara.

Pihak berkuasa seperti Kementerian Sumber Manusia seharusnya bertindak menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja, bukannya memberi kelulusan ke atas permintaan dan permohonan daripada pihak syarikat, pelabur dan kapitalis secara sembarangan atas kos kehidupan rakyat.


VSS dan MSS HSBC Bank Malaysia pada kali ini, yang diumumkan kepada pekerja-pekerja Bank pada 3 Jun 2021 lalu, turut telah mendapat kebenaran Jabatan Tenaga Buruh, Kementerian Sumber Manusia.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab dan prihatin ke atas kebajikan pekerja, Jabatan Tenaga Buruh dan Kementerian Sumber Manusia sewajarnya patut maklum kepada NUBE dan minta pandangan NUBE, bukan membuat keputusan bagi pihak NUBE dan memberi kelulusan untuk pemberhentian pekerja.

Adakah ini cara untuk menjaga kepentingan pekerja dan mewujudkan situasi harmoni dalam perhubungan perusahaan?

Untuk rekod, NUBE telah membantah tindakan seperti ini dalam dua pelaksanaan oleh pihak HSBC sebelum ini. Langkah yang sama diambil pada kali ini, dan pengumuman dibuat ketika seluruh negara berada dalam ‘lockdown’ total sejak 1 Jun 2021.

Pada hari ketiga ‘lockdown’ total, pengurusan HSBC telah mengadakan taklimat pelaksanaan VSS dan MSS meskipun NUBE, dalam tiga perbincangan yang diadakan pada 25 Mei, 28 Mei dan 2 Jun 2021 lalu, telah meminta HSBC supaya menangguhkan pengumuman pelaksanaan VSS dan MSS sementara perbincangan lanjut diadakan antara kesatuan dan pengurusan HSBC.

Bagaimanapun pengurusan HSBC terus bersikap degil untuk meneruskan pengumuman mereka.

Kementerian Sumber Manusia boleh membantu menyelamatkan setiap pekerja dalam keadaan seperti yang diperlakukan oleh HSBC Bank Malaysia.
Kementerian Sumber Manusia sepatutnya bertindak tegas agar tidak ada majikan yang sanggup melakukan perkara yang sama ke atas para pekerja di negara ini.

Kementerian Sumber Manusia tidak wajar memberi kelulusan kepada HSBC Bank Malaysia untuk menghentikan pekerja, sebaliknya harus mengarahkan mereka menyediakan latihan semula dan peningkatan kemahiran ketika pihak Bank terus membuat keuntungan.

NUBE berharap pihak Kerajaan akan terus memperlihatkan pendirian proaktif dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja di negara.
Kami juga mengalu-alukan kedatangan pelabur dan pelaburan, tetapi kita tidak wajar menggadai nasib pekerja tempatan ketika pihak korporat membuat keuntungan besar.

Ketegasan Kerajaan adalah amat penting ketika kita sama-sama berhadapan dengan impak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.

Sekali lagi kami memohon jasa baik YAB PM Muhyiddin dalam perkara ini supaya semua Kementerian dalam Kabinet Malaysia tidak mengabai dan menggadaikan tanggungjawab mereka ke atas kepentingan rakyat, terutama golongan pekerja dalam kes yang NUBE lalui sekarang, dan membenarkan majikan yang mengutamakan kepentingan sendiri.

HSBC Bank Malaysia Berhad dalam satu kenyataan, baru-baru ini turut menjelaskan skim pemberhentian yang ditawarkan kepada pekerja adalah bersifat sukarela dan hanya terpakai kepada mereka yang memilih untuk menerimanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap HSBC, berkata skim pemisahan sukarela berkenaan ditawarkan kepada segmen tertentu pekerja selaras transformasi teknologi dilaksanakan oleh bank berkenaan.

J. Solomon merupakan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)

Nota: Rencana ini pertama kali diterbitkan pada Jun 2021.

]]>
239
Komitmen 100 hari pertama PM baharu https://www.workerstimes.com/komitmen-100-hari-pertama-pm-baharu/ Sat, 28 Aug 2021 13:30:07 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=210
Senarai anggota menteri dan timbalan menteri yang diumumkan semalam. – Sumber BH

KRISIS politik yang berlarutan hampir satu bulan telah melabuhkan tirai dengan pelantikan Perdana Menteri yang baharu dan seterusnya pembentukan kabinet, yang merupakan satu keperluan wajib selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Barisan Jemaah Menteri yang terdiri daripada 70 orang (seorang perdana menteri, 31 menteri dan 38 timbalan menteri), yang dinanti-nantikan sudah diketahui umum.

Kini masa untuk barisan anggota kabinet memulakan tugas apabila mengangkat sumpah pada Isnin ini.

Sekarang merupakan masa untuk melaksanakan amanah yang diberikan, sekali gus membawa kita keluar dari tiga krisis besar, iaitu kesihatan, ekonomi dan politik. Meskipun pelbagai reaksi diketengahkan, oleh rakyat semua peringkat, penganalisis, parti-parti politik, tidak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang, dan pihak industri serta pemerhati antarabangsa, apa yang penting adalah menteri dan timbalan menteri yang dilantik, sama ada wajah baharu atau yang dikekalkan dan kembali dilantik, mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk ditunaikan demi rakyat dan negara.

Ketika mengumumkan pembentukan barisan kabinetnya, Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, “saya akan memastikan barisan kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.”

Dalam menggariskan justifikasi berhubung pelantikan barisan anggota menteri dan timbalan menterinya, Ismail Sabri menjelaskan, ia merupakan satu kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur. Sudah pasti Ismail Sabri mempunyai pertimbangan sendiri dalam menentukan barisan yang boleh berkhidmat sebagai pasukan beliau, dan seterusnya membawa sumbangan kepada rakyat dan negara. Detik-detik untuk anggota barisan terbaharu menunaikan keyakinan dan kepercayaan Ismail Sabri perlu dimulakan sekarang dengan segera.

Ismail Sabri mengekalkan sekitar 80 peratus anggota yang pernah menganggotai Jemaah Menteri di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatannya pada 16 Ogos lalu selepas 17 bulan berkhidmat. Sebagaimana disebutkan oleh Perdana Menteri, bagi mendepani cabaran semasa, barisan kabinet beliau berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip, iaitu “peka dengan keperluan semasa bertanggungjawab dan amanah, dan mengembalikan semula keyakinan rakyat.”

Lima orang menteri merupakan muka baharu. Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad. Ahmad Faizal, bekas Menteri Besar Perak, yang juga Ahli Parlimen Tambun, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Idris, bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, akan berperanan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kira-kira dua minggu sebelum Muhyiddin meletakkan jawatan, Ahmad Faizal dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri. Kabinet kali ini juga menyaksikan tiga bekas menteri era Barisan Nasional kembali, iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Datuk Seri Mahadzir Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar). Selain itu, anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa yang juga Ahli Parlimen Sipitang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. Ahli Parlimen Kimanis, juga dari Sabah, Datuk Mohamad Alamin akan bertindak sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II), Datuk Seri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Menteri Pertanian II) dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan).

Lima menteri dalam kerajaan sebelum ini digugurkan, antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Datuk Seri Redzuan Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi). Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan awal bulan ini tidak dilantik semula. Ismail Sabri membawa kembali Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang turut melepaskan jawatan awal bulan ini, untuk terus menerajui Kementerian Pengajian Tinggi. Sementara itu, dua timbalan menteri juga tidak dilantik semula, iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan).

Menurut Perdana Menteri, barisan kabinet beliau akan mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien. “Saya juga akui keadaan ekonomi negara perlu dipulihkan segera.” Sehubungan itu, barisan kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengan komited dan lebih proaktif.
Selepas hampir dua tahun dihimpit krisis kesihatan paling buruk, di dunia dan di Malaysia, rakyat amat mengharapkan perubahan menyeluruh dalam beberapa bulan akan datang. Meskipun pandemik COVID-19 bukan hanya isu membabitkan Malaysia, sebaliknya berkait rapat dengan seluruh dunia, pembaharuan dasar dan pendekatan bagi menangani cabaran yang dialami rakyat, perlu diutamakan oleh kabinet terbahru ini selari dengan slogan “Keluarga Malaysia” yang diumumkan Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan.

Beliau telah menetapkan kad laporan kemajuan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi para menteri. Mereka diberikan 100 hari untuk menggariskan perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Katanya, “saya akan pastikan kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.” Ujar beliau, “oleh itu, marilah kita menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara. Namun, kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh Keluarga Malaysia.”

Kabinet Ismail Sabri mempunyai tugas yang amat berat dalam menentukan pendekatan inklusif diutamakan dan melibatkan keterlibatan setiap rakyat dalam menyelesaikan kesemua krisis di depan kita. Ini kali pertama rakyat disajikan dengan tiga barisan Jemaah Menteri selepas satu pilihan raya umum. Dipercayai ini merupakan barisan kabinet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15. Oleh itu, ia mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat penting dalam memenuhi harapan dan keperluan rakyat.

Kabinet tidak mempunyai masa yang panjang untuk bertindak dengan efektif, pada masa yang sama memenuhi visi yang dibentangkan oleh Ismail Sabri.

]]>
210
Sunglasses https://www.workerstimes.com/sunglasses/ Thu, 22 Jul 2021 01:38:34 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=8 sunset, beach, sunglasses-1283872.jpg

Those of us who need a little help with their vision understand that it can be tricky when the sun comes out – in fact, it adds another layer of challenges. While getting prescription lenses for sunglasses is commonplace these days, the desire to remain fashionable can certainly add to the cost. So the question is, are designer frames worth it when you’re buying prescription sunglasses?

Are Designer Frames Worth it for Sunglasses?

We all want to look good and feel confident in our eyewear and, in fact, over the past couple of decades, sunglasses have become a valid fashion statement in and of themselves. With all the major high-end brands weighing in with their own versions, the importance of their significance in terms of their business model can’t be understated.

With that in mind, it’s not hard to imagine that these companies are investing vast sums of money into not only their eyewear sales and marketing programmes, but also in their technology and manufacture. Cutting edge research and development means that in most (although not all) cases, the question of, ‘are designer frames worth it’ for sunglasses, can be answered with a yes.

Here’s why.

They’re More Durable and Long Lasting

Because of the money spent in extensive testing under a range of different conditions, high-end frames can be a much better investment. Manufactured with lighter, stronger and more flexible hi-tech materials, they are far less likely to snap or bend under extreme pressure. But even beyond that, the more expensive brands offer a warranty, which means they’ll be replaced if there are any manufacturing defects. That’s the kind of peace of mind you won’t get with cheaper versions.

]]>
8