Uncategorized – Workers Times https://www.workerstimes.com All About Workers Fri, 05 Jan 2024 01:58:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.3 197127691 Delegasi kuasa kawal selia: SESB kekal komited bekal elektrik mampan di Sabah dan Labuan, jamin CEO https://www.workerstimes.com/delegasi-kuasa-kawal-selia-sesb-kekal-komited-bekal-elektrik-mampan-di-sabah-dan-labuan-jamin-ceo/ Fri, 05 Jan 2024 01:57:45 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2797
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar (kanan) dan Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika menghadiri majlis pelancaran buku The SESB Story baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih lagi menjadi pemegang saham terbesar dalam Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan kerajaan Sabah belum mengambil alih sepenuhnya syarikat utiliti elektrik Sabah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, orang ramai perlu faham SESB masih belum diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Sabah yang ketika ini memiliki 17 peratus saham syarikat berkenaan walaupun telah mengambil alih kawal selia bekalan elektrik di negeri itu.

Kata beliau, pihaknya hanya bertanggungjawab untuk kawal selia ke atas pengurusan industri elektrik di Sabah manakala pemulangan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah adalah melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

“SESB akan terus komited untuk memastikan pengguna terus menerima bekalan elektrik yang mampan pada kadar yang munasabah. SESB akan berada di bawah seliaan dua pengawal selia iaitu Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan ECoS.

“Tetapi misi dan visi SESB masih tetap sama iaitu memberikan perkhidmatan bekalan yang berdaya harap kepada semua rakyat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mohd Yaakob berkata, pengambilalihan kawal selia ke atas bekalan elektrik oleh Sabah adalah selari dengan pelbagai inisiatif berkaitan yang telah dirancang serta dilaksanakan dan membolehkan kerajaan negeri terlibat secara langsung dengan aktiviti industri gas dan minyak bagi manfaat rakyat Sabah.

Kelmarin, sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) bagi memberi ruang kepada negeri itu untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.

Ia membabitkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024, dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024.

Pada sidang khas DUN, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, kerajaan Sabah kini dalam perancangan untuk mengambil alih SESB dalam tempoh tujuh tahun dari sekarang.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan Sabah akan mencari satu formula untuk merialisasikan perancangan tersebut.

]]>
2797
Irmohizam, MD WTCKL terima anugerah berprestij CEO Champion SME https://www.workerstimes.com/irmohizam-md-kumpulan-wtckl-terima-anugerah-berprestij-ceo-champion-sme/ Sat, 21 Oct 2023 04:23:33 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2731
Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusri Junos menerima anugerah daripada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menerima anugerah berprestij – CEO Champion (SME) sempena Life at Work Awards (LAWA) 2023, inisiatif Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang luar biasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI) di tempat kerja.

Majlis anugerah tersebut dirasmikan oleh V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia.

LAWA adalah kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan TalentCorp.

Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik. LAWA juga adalah rangka kerja anugerah Kepelbagaian, Ekuiti, dan Rangkuman (DEI) yang paling komprehensif di Malaysia, mengiktiraf usaha organisasi yang telah berjaya menerajui agenda DEI.

Pencapaian cemerlang Irmohizam menjadi bukti kepada gaya kepimpinan beliau yang unik, bercirikan komitmen yang mendalam terhadap sifat pembawaan beliau iaitu seorang pemimpin yang berkhidmat dan mengutamakan kesejahteraan dan pertumbuhan pekerja.

Pendekatan berwawasan beliau telah menyumbang dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memperkasakan tenaga kerja, memupuk suasana pertumbuhan
dan keterangkuman di Malaysia.

Sumbangan beliau melangkaui peringkat nasional, seperti yang dibuktikan oleh peranan penting beliau dalam pelbagai organisasi antarabangsa yang besar.

Irmohizam menerima penghormatan sebagai rakyat Malaysia pertama yang dipilih menganggotai Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), bukti pengiktirafan dan pengaruh global beliau dalam industri.

Selain itu, jawatannya sebagai Pengerusi Konvensyen & Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA menggariskan kepakaran mendalam dan sumbangan meluas beliau dalam industri Acara Perniagaan.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini, yang menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan memperkasa
tenaga kerja. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) untuk mengutamakan warga WTCKL dan memupuk budaya kepelbagaian dan keterangkuman. Saya komited untuk meneruskan usaha kami dalam memacu perubahan positif dan menyokong kemajuan
kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di tempat kerja dan di mana-mana sahaja,” kata beliau.

Pencapaian dan sumbangan cemerlang Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim bukan sahaja telah meningkatkan kedudukan WTCKL tetapi juga telah meninggalkan kesan yang
ketara dalam industri acara perniagaan global, yang berfungsi sebagai mercu inspirasi bagi organisasi di seluruh dunia.

Irmohizam diwakili oleh Mohd Yusri Junos, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL kerana beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah WTCA dan WTCA Member Forum.

]]>
2731
TDC NUBE: ‘Mula tuntut perlindungan sosial lebih besar’ – Presiden Michael Tan https://www.workerstimes.com/tdc-nube-mula-tuntut-perlindungan-sosial-lebih-besar-presiden-michael-tan/ Sat, 19 Aug 2023 04:05:05 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2588
Sebahagian tetamu jemputan dan perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson, hari ini.

PORT DICKSON: Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Michael Tan berkata, sudah tiba masanya perlindungan sosial untuk pekerja dalam perkhidmatan kewangan harus diperbaiki dan dinaik taraf.

Kata beliau, walaupun produktiviti pekerja, tanggungjawab dan skop kerja telah berubah dan bergerak ke hadapan, tetapi perlindungan sosial masih ketinggalan.

“Manakala majikan memberi tumpuan dalam mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan setiap tahun perlindungan sosial ketinggalan,” kata beliau dalam ucapan alu-aluan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di sini, hari ini.

Beliau berkata, perlindungan sosial ditakrifkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai satu set langkah awam yang disediakan oleh masyarakat untuk ahli-ahlinya demi melindungi mereka daripada kesusahan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh ketiadaan atau pengurangan ketara pendapatan.

“Dalam perjanjian kolektif terbaharu NUBE (yang dimeterai April lalu), anda akan dapati bahawa hala tuju NUBE sudah menjurus ke arah perlindungan yang lebih besar untuk ahli kami.

“Ini terbukti dengan lanjutan umur persaraan pilihan, penambahbaikan faedah perubatan kakitangan, peningkatan keselamatan dan kesihatan dan banyak lagi,” kata beliau.

Beliau menegaskan, pekerja terutamanya dalam sektor kewangan harus sedar dan berhenti bersikap terlalu leka.

“Mula tuntut perlindungan sosial yang lebih besar kerana ini adalah hak anda. Lupakan hak anda dan anda boleh lupa tentang mendapatkan sistem atau faedah perlindungan sosial yang lebih baik,” kata beliau lagi.

Katanya, NUBE senantiasa menjadi pelopor dan penentu arah aliran dalam memimpin dan memperjuangkan hak pekerja dalam sektor kewangan.

“Ini terbukti daripada penyelesaian perjanjian kolektif NUBE baru-baru ini di mana beberapa kesatuan kewangan juga mendapat manfaat daripada kesimpulan NUBE CA. Adakah kita bangga? Sudah pasti ya!” kata beliau.

]]>
2588
TDC NUBE: Presiden UNI-MLC saran tuntutan baiki perlindungan sosial diperkukuh https://www.workerstimes.com/tcd-nube-presiden-uni-mlc-saran-tuntutan-baiki-perlindungan-sosial-diperkukuh/ Sat, 19 Aug 2023 03:05:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2572
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson, hari ini. Turut sama Presiden NUBE, Michael Tan dan Setiausaha Agung NUBE, J Solomon serta Presiden ARO-BIFU dan Setiausaha Agung AIBEA, C.H. Venkatachalam (kiri sekali).

PORT DICKSON: Gerakan kesatuan sekerja perlu memainkan peranan secara holistik dalam mempertingkatkan perlindungan sosial yang relevan dengan perkembangan, kata Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), hari ini.

Dengan menjadikan kejayaan Perjanjian Kolektif (CA) yang diusahakan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, sudah tiba masa setiap kesatuan sekerja di Malaysia mengutamakan keperluan perlindungan sosial yang lebih baik.

Menurut beliau, terdapat dua sebab mengapa keperluan ke arah itu belum begitu berkesan di Malaysia.

Pertama, menurut Shafie ialah, kebanyakan kesatuan sekerja masih belum ada pengetahuan yang mendalam mengenai perlindungan sosial.

“Keduanya, kesatuan sekerja sendiri tidak bertindak meluaskan skop perlindungan sosial,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25 di Pusat Latihan NUBE di sini.

Dalam ucapannya, Shafie berkata, ramai terkejut bagaimana NUBE boleh berjaya dalam memuktamadkan CA yang begit baik untuk ahli-ahlinya.

“Ramai yang terkejut dengan kejayaan NUBE mencapai CA yang baik, antaranya ialah pinjaman perumahan dengan faedah sifar peratus (sehingga RM300,000 pertama). Ini sebahagian daripada perlindungan sosial yang kita hendak perjuangan,” kata beliau yang merujuk kepada CA yang ditandatangani pada bulan April lalu.

Terdapat lebih 20 skim dan insentif bukan kewangan dan kewangan yang telah dipersetujui melalui rundingan antara kedua-dua pihak NUBE dan MCBA itu, yang sekali gus memberi manfaat serta memartabatkan pekerja sektor perbankan terutamanya ahli NUBE. Antaranya yang dipersetujui adalah melibatkan pelarasan gaji sehingga 18 peratus, bayaran tunggakan gaji sejak 2021 dan bayaran khas sebanyak satu bulan gaji untuk setiap perayaan utama.

Shafie dalam ucapannya juga berkata bahawa “sudah sampai masanya aspek perlindungan sosial menjadi perkara yang penting untuk diperjuangkan, dan ia juga perlu diperluaskan.”

Sebab itu menurut beliau, UNI-MLC telah menyarankan agar faedah sosial keselamatan pekerja dan caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar ditambah baik demi kepentingan masa depan para pekerja.

“Saya berharap TCD NUBE kali ini akan tampil dengan usul-usul yang boleh membantu kita dalam aspek ini. UNI-MLC akan mengambil tindakan susulan daripada usul itu nanti,” kata beliau lagi.

Majlis menaikkan bendera sempena Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan NUBE kali ke-25.

]]>
2572
Hospitality industry human resource failure https://www.workerstimes.com/hospitality-industry-human-resource-failure/ Thu, 20 Jul 2023 03:23:16 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2522

By Dr S. Sri Kumar

COLUMN: Efficient, hard-working, and resourceful personnel are the backbone of any successful hospitality business. Successful hospitality operations are sustained by customer-oriented and hard-working employees who have adequate competencies.

Human Resource Management (HRM) is the management of people to achieve behavior and performance levels that will enhance an organization’s effectiveness. It is a management function that helps managers plan, recruit, select, train, develop, remunerate, and maintain members of an organization. HRM department of is engaged in the anticipation, acquisition, selection, and development of the present and future employee needs of the hotel. It also includes the processes of job evaluation, recruitment, selection, and orientation.

Imagine going on vacation, arriving at the hotel only to be greeted by a young staffer who was more interested in talking on the phone than helping you check-in. The front desk clerk finally rushes through your check-in process after having you wait ten minutes, and you make your way to your room. Once inside, you find that the room still bears the marks of its previous occupants: unmade beds, food boxes littering the floor, and dirty towels on the bathroom floor. What exactly is wrong in here?

The role of HRM is often understated in hospitality businesses. Human Resources Department are bias towards local talent as they prefer the untrained foreign employees in the excuse that they work long hours failing to realize the foreign worker is here to pay his debt.

Structural employee management is weak as in some organisation orientation is done within two hours and the common slogan of training is done by the respective department head and we in human resources only do soft skills. Most Training Managers are not Hospitality graduates who do not understand the industry but more of a mannequin hired to fill a position.

Training & human resources should work together to ensure continuous training takes place and to ensure all employees are performing to their best. Human resources departments in hospitality organisation are considered a cost center and it does not make revenue and always kept in some alley within the organization.

Job analysis, job description and job specification for positions not updated and also stereotyped from different hospitality organisations not taking into consideration of the current hospitality needs. Positions are created as to the old books of human resources or new names created without empowerment and knowing the capability of the individual to carry out the task.

The hospitality industry is highly dependent on its employees; therefore, it is a very labor-intensive industry in which the growth of the industry has a strong impact on employment.

The nature of the services—such as event planning, lodging, and serving food and beverages—provided by this industry requires skilled employees who directly interact with customers and represent the organisation. The hospitality industry offers services and caters to its customers through its employees, which is why this industry needs to invest in its employees. Being a serviceoriented industry, the hospitality industry is human-intensive, and in order to drive success and provide better customer service, having an efficient workforce is necessary.

Effective HRM is one of the main approaches, especially in recruitment, which is critical to the success of the hospitality industry.

Additionally, in order to invest in employees, it is necessary to implement the best HRM practices and develop the skills of employees. Recruitment and selection is the first function of human resource management, acting as the backbone of any organization.

Recruitment and selection is the process of searching for and selecting the best fit for the organisation. This is why the most important thing for the hospitality industry is to encourage potential career seekers to join this industry and make it their first preference.

Recently, the industry has started to focus on hiring from university placement programs, but they are not successful in retaining these fresh graduates because their internal culture does not fulfil the needs of these fresh graduates. There is no focus on the post-hiring promise. This shows that their recruitment and selection process is not effective, which is what is causing the high turnover rate in this industry.

HRM is crucial to the delivery process of tourism products. The concept of “internal marketing”, where employees are perceived and treated as “internal customers” has to be utilized in order to ensure their satisfaction. “The satisfaction of the needs and wants of the internal customers can upgrade their capacity for satisfying the needs and wants of their external customers”.

Dr S. Sri Kumar is the President Malaysian Hospitality Association

]]>
2522
PRN: DUN 5 negeri sudah bubar termasuk 3 hari ini, Negeri Sembilan menyusul https://www.workerstimes.com/prn-dun-5-negeri-sudah-bubar-termasuk-3-hari-ini-negeri-sembilan-menyusul/ Tue, 27 Jun 2023 23:54:36 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2271

KUALA LUMPUR: Dengan ramalan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri akan diadakan awal Ogos, lima negeri telah membubarkan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pembubaran DUN Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu berkuat kuasa hari ini.

Kelantan merupakan negeri pertama membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun manakala Selangor pada 23 Jun.

Kini tunggu giliran Negeri Sembilan untuk berbuat demikian, tetapi dijangka minggu ini juga, mengikut langkah negeri-negeri lain.

Pembubaran kesemua enam negeri itu akan membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serentak.

Negeri-negeri itu tidak mengadakan pilihan raya serentak apabila parlimen dibubarkan pada 10 Oktober dan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu.

Pembubaran 40 kerusi DUN Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow semalam, dibuat 35 hari lebih awal berbanding mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Kedudukan terkini kerusi DUN Pulau Pinang sehingga pengumuman pembubaran ialah Pakatan Harapan (PH) memiliki 33 kerusi, Barisan Nasional (BN) (dua), Bersatu (empat) dan Pas satu kerusi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut mengumumkan pembubaran 32 kerusi DUN semalam, dua hari lebih awal daripada tempoh mandat 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PAS kembali merampas pemerintahan negeri daripada BN selepas berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN. BN memperoleh baki 10 kerusi.

Dalam pada itu, pembubaran DUN Kedah akan berkuat kuasa dengan 36 kerusi dibuat lebih awal daripada mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.

Pengumuman mengenai pembubaran DUN Kedah diumumkan Ahad lepas.

Komposisi DUN Kedah diterajui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sehingga pembubaran DUN menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menguasai 20 kerusi terdiri daripada Pas (14) dan Bersatu (enam), manakala PH (10) manakala BN dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Dua lagi kerusi kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun dari PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lepas, selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, sementara ADUN Belantek dari Pas, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lepas.

Kelantan menjadi negeri terawal membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lalu, yang menyaksikan ia dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat yang akan berakhir esok.

Pada PRU14, PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990, mengekalkan pentadbiran setelah memenangi 37 daripada 45 kerusi DUN, sementara BN memperoleh lapan.

Bagaimanapun, ADUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO pada 18 September 2018, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Oktober tahun yang sama.

Sehari selepas Kelantan, DUN Selangor dibubarkan secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun lalu.

Komposisi DUN Selangor sehingga pembubaran terdiri PH (40), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi, sementara satu kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

Pada 7 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembubaran akan dibuat pada 30 Jun, iaitu hari terakhir tempoh mandat lima tahun.

Beliau dijadual menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini bagi mendapatkan perkenan pembubaran 36 kerusi DUN terdiri daripada PH (20) manakala BN (16).

]]>
2271
Bekas PM UK Johnson letak jawatan MP, dakwa ada usaha usir beliau dari Parlimen https://www.workerstimes.com/bekas-pm-uk-johnson-letak-jawatan-mp-dakwa-ada-usaha-usir-beliau-dari-parlimen/ Sat, 10 Jun 2023 14:44:55 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2235
Bekas Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen sambil menuduh siasatan terhadap skandal “Partygate” bertujuan mengusir beliau daripada kekal sebagai wakil rakyat.

LONDON: Bekas Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson membuat kejutan banyak pihak kali ini – mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen, menuduh siasatan parlimen terhadap skandal “Partygate” bertujuan mengusir beliau keluar dari menjadi wakil rakyat.

Beliau melepaskan jawatan September lalu di tengah isu berkaitan dengan COVID-19.

Johnson, 58, berkata, beliau meletakkan jawatan semalam berkuat kuasa serta-merta, “mencetuskan pilihan raya kecil serta-merta”, secara tidak langsung menimbulkan tekanan politik ke atas penggantinya Rishi Sunak.

Johnson telah berjuang untuk masa depan politiknya dengan siasatan parlimen yang menyiasat sama ada beliau mengelirukan Dewan Rakyat apabila berkata semua peraturan COVID-19 dipatuhi.

Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen mempunyai kuasa untuk mengesyorkan supaya Johnson digantung daripada parlimen lebih 10 hari jika mereka mendapati beliau mengelirukan parlimen secara melulu atau sengaja, yang berpotensi mencetuskan pilihan raya untuk kerusinya.

Johnson berkata, beliau telah menerima surat daripada “jawatankuasa keistimewaan yang menjelaskan – saya amat hairan – bahawa mereka bertekad untuk menggunakan prosiding terhadap saya untuk mengusir saya keluar dari parlimen”.

“Saya dipaksa keluar oleh segelintir kecil orang, tanpa bukti untuk menyokong dakwaan mereka, dan tanpa kelulusan ahli parti Konservatif apatah lagi pengundi yang lebih ramai,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

“Amat menyedihkan untuk meninggalkan parlimen – sekurang-kurangnya buat masa ini – tetapi lebih-lebih lagi saya bingung dan terkejut kerana saya boleh dipaksa keluar.”

Johnson meletakkan jawatan ekoran kemarahan dalam partinya sendiri dan di seluruh UK berhubung penganjuran parti di sebalik peraturan COVID di pejabat dan kediamannya di Downing Street, menuduh jawatankuasa itu bertindak sebagai “takrifan gelanggang kanggaru”.

“Kebanyakan ahli jawatankuasa – terutamanya pengerusi – telah menyatakan kenyataan yang sangat prejudis tentang rasa bersalah saya sebelum mereka melihat bukti,” katanya.

“Sebaliknya, adalah naif dan mempercayai saya untuk berfikir bahawa prosiding ini boleh menjadi berguna atau adil.”

Johnson juga menggunakan kenyataan peletakan jawatannya untuk menyampaikan serangan ke atas Sunak.

“Apabila saya meninggalkan jawatan pada tahun lepas kerajaan hanya ketinggalan segelintir mata dalam pilihan raya. Jurang itu kini telah melebar secara besar-besaran,” katanya.

“Parti kami perlu segera mendapatkan semula rasa momentum dan kepercayaannya terhadap apa yang boleh dilakukan oleh negara ini.”

]]>
2235
SALAM SAMBUTAN PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2023 https://www.workerstimes.com/salam-sambutan-pesta-kaamatan-hari-gawai-2023/ Tue, 30 May 2023 10:02:33 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=2144

Workers Times mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Semoga kekal ceria dan gembira sepanjang masa.

Editor

]]>
2144
Bekas Setiausaha Luar UK, Truss bakal PM ganti Boris Johnson https://www.workerstimes.com/bekas-setiausaha-luar-uk-truss-bakal-pm-ganti-boris-johnson/ Mon, 05 Sep 2022 15:07:00 +0000 https://www.workerstimes.com/?p=1699
Bekas Setiausaha Luar, Liz Truss memenangi pemilihan peringkat parti untuk menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri UK esok.

LONDON, 5 Sept: Bekas Setiausaha Luar, Liz Truss telah memenangi pemilihan peringkat parti untuk menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan perdana menteri.

Truss menewaskan bekas Setiausaha Kewangan, Rishi Sunak dalam undian dalam kalangan ahli Konservatif – memperoleh majoriti lebih 21,000 undi.

Beliau akan menggantikan Johnson, yang terpaksa mengumumkan peletakan jawatannya pada Julai selepas skandal berbulan-bulan menyaksikan sokongan terhadap pentadbirannya berkurangan dan menteri berhenti untuk memaksanya keluar.

Ia adalah keputusan yang sengit berbanding jangkaan ramai pakar, dengan Truss memperoleh 57% undian sah manakala Sunak menerima 42.6%.

Truss akan menjadi perdana menteri esok dengan mengadap Ratu Elizabeth di Balmoral, Scotland.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk South West Norfolk dalam pilihan raya umum 2010.

Truss, 47, telah berjanji untuk bertindak segera, berkata dalam masa seminggu dia akan membuat rancangan untuk menangani peningkatan bil tenaga dan mendapatkan bekalan bahan api masa depan.

]]>
1699