Belanjawan 2027 catat sejarah dana tertinggi dalam sejarah, kali kedua berturut-turut

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 112 101 109 98 101 110 116 97 110 103 97 110 32 66 101 108 97 110 106 97 119 97 110 32 77 65 68 65 78 73 32 50 48 50 55 32 100 105 32 68 101 119 97 110 32 82 97 107 121 97 116 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 57 32 79 107 116 111 98 101 114 32 50 48 50 54 46 32 70 65 84 72 32 82 73 90 65 76 47 80 101 106 97

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, sekali lagi telah mencipta sejarah – kali kedua berturut-turut.

Belanjawan bernilai RM510 bilion ini merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia.

Belanjawan 2026 yang diumumkan tahun lepas telah mencipta sejarah sebagai bajet terbesar.

Kali ini, kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM40 bilion, sekali gus menunjukkan bahawa ia sedang meningkatkan dana untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara.

“Belanjawan MADANI Kelima meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah RM510 bilion ketimbang RM470 bilion,,” kata beliau dalam ucapan Belanjawan 2027 yang dibentangkan di Parlimen.

Daripada RM510 bilion itu, RM376.8 bilion adalah perbelanjaan mengurus persekutuan, RM83 bilion belanja pembangunan persekutuan, RM25 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion adalah pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD.

“Tahun ini, hasil Persekutuan diunjur lebih tinggi RM363.6 billion, ketimbang anggaran asal RM343.1 billion. Bagi tahun hadapan, hasil dijangka terus meningkat kepada RM380.8 billion.

“Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api hingga RM40 billion. Defisit fiskal 2026 kini diunjur pada 3.6 peratus, ketimbang sasaran asal 3.5 peratus.

“Namun, kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus (2022) dan 3.7 peratus tahun lalu. Insya-Allah, defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3 peratus menjelang 2028,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Peruntukan bajet yang besar pada kali sememangnya sesuatu yang dijangkakan. Ini kerana rakyat di semua peringkat sangat berharap agar kerajaan akan melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban, terutamanya kos sara hidup, di samping meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Lebih 300 insentif dan inisiatif telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2027, yang seiring dengan tema Rancangan Malaysia ke-13.

Belanjawan 2027 bertemakan “menggapai di langit, mengakar di bumi”.