Gamers Gig Expo penuntut UiTM berlangsung 24, 25 Jun

Gamers Gig Expo (GG Expo), program yang dianjurkan untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai komuniti e-sukan akan berlangsung hujung minggu depan.

KUALA LUMPUR: Gamers Gig Expo (GG Expo), program yang dianjurkan untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai komuniti e-sukan akan berlangsung hujung minggu depan.

Ia akan diadakan di Homebois Pitstop, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Jun.

Kenyataan dikeluarkan menyebut, cadangan projek akhir tahun itu terbuka kepada penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPT Swasta serta orang awam.

“Program ini berkolaborasi bersama Team Haq iaitu sebuah skuad e-Sukan yang semakin melonjak naik dalam komuniti e-Sukan di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan, antaranya kejohanan e-sukan Mobile Legend dan PUBG, GG Talk, dan pameran e-sukan.

Acara ini ini juga turut dihadiri dengan kedatangan Yang Behormat Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang akan menyerikan lagi acara
penutupan majlis pada 25 Jun 2023.

Program ini, menurut kenyataan itu lagi, dianjurkan oleh pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM.

GG Expo E-Sukan merupakan tugasan projek akhir tahun di bawah seliaan Dr Masrur Mohd Khir dan Nor Azzura Nordin.