Irmohizam, MD WTCKL terima anugerah berprestij CEO Champion SME

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusri Junos menerima anugerah daripada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menerima anugerah berprestij – CEO Champion (SME) sempena Life at Work Awards (LAWA) 2023, inisiatif Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang luar biasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI) di tempat kerja.

Majlis anugerah tersebut dirasmikan oleh V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia.

LAWA adalah kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan TalentCorp.

Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik. LAWA juga adalah rangka kerja anugerah Kepelbagaian, Ekuiti, dan Rangkuman (DEI) yang paling komprehensif di Malaysia, mengiktiraf usaha organisasi yang telah berjaya menerajui agenda DEI.

Pencapaian cemerlang Irmohizam menjadi bukti kepada gaya kepimpinan beliau yang unik, bercirikan komitmen yang mendalam terhadap sifat pembawaan beliau iaitu seorang pemimpin yang berkhidmat dan mengutamakan kesejahteraan dan pertumbuhan pekerja.

Pendekatan berwawasan beliau telah menyumbang dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memperkasakan tenaga kerja, memupuk suasana pertumbuhan
dan keterangkuman di Malaysia.

Sumbangan beliau melangkaui peringkat nasional, seperti yang dibuktikan oleh peranan penting beliau dalam pelbagai organisasi antarabangsa yang besar.

Irmohizam menerima penghormatan sebagai rakyat Malaysia pertama yang dipilih menganggotai Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), bukti pengiktirafan dan pengaruh global beliau dalam industri.

Selain itu, jawatannya sebagai Pengerusi Konvensyen & Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA menggariskan kepakaran mendalam dan sumbangan meluas beliau dalam industri Acara Perniagaan.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini, yang menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan memperkasa
tenaga kerja. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) untuk mengutamakan warga WTCKL dan memupuk budaya kepelbagaian dan keterangkuman. Saya komited untuk meneruskan usaha kami dalam memacu perubahan positif dan menyokong kemajuan
kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di tempat kerja dan di mana-mana sahaja,” kata beliau.

Pencapaian dan sumbangan cemerlang Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim bukan sahaja telah meningkatkan kedudukan WTCKL tetapi juga telah meninggalkan kesan yang
ketara dalam industri acara perniagaan global, yang berfungsi sebagai mercu inspirasi bagi organisasi di seluruh dunia.

Irmohizam diwakili oleh Mohd Yusri Junos, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL kerana beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah WTCA dan WTCA Member Forum.